Thursday, July 23, 2009

PROSEDUR PROGRAM

1. Setiap yang telah ditaklifkan sebagai mas’ul adalah bertanggungjawab terhadap setiap perlaksanaan program di bawahnya.


2. Mas’ul bertindak sebagai pelaksanakan tugas seperti menyampaikan tazkirah @ memastikan individu yang telah ditugaskan untuk sesuatu program itu hadir supaya program tidak tergendala.


3. Persediaan yang rapi untuk seperti bahan-bahan mengajar/tazkirah bagi setiap program perlu ada untuk mamastikan kelancaran program.


4. Bahan-bahan untuk mengajar atau pengisian seperti kitab Riyadus Salihin,Hadith 40,Apa Erti Saya Menganut Islam (A.E.S.M.I) boleh dipinjam dari mana-mana pihak atau dari PTSL.Kitab Riyadus Salihin,Hadith 40,Apa Erti Saya Menganut Islam (A.E.S.M.I) atau buku-buku ilmiyyah yang lain di dalam bentuk soft copy boleh diambil dari ketua program.


5. Sebelum program bermula,pihak yang betugas atau sesiapa yang berkaitan hendaklah memaklumkan kepada jama’ah sebaik sahaja selepas solat.


6. Bagi mana-mana mas’ul yang tidak dapat hadir di dalam program disebabkan masalah tertentu hendaklah mencari pengganti serta memaklumkan kepada pihak pengurusan terlebih dahulu.


7. Jika program ada pertembungan dengan program kerohanian besar seperti UKM atau kolej, maka keutamaan haruslah diberikan kepada aktiviti UKM atau kolej terlebih dahulu sekiranya ianya tidak melanggar batasan syara’.


8. Segala pertanyaan boleh diajukan terus kepada ketua program surau dan ajk yang berkaitan.


9. Seboleh-bolehnya setiap program dihadiri oleh semua yang terlinat dalam menjayakan program ini supaya perjalanan lebih lancar.


10. Tarikh perlaksanaan program bermula pada 23.07.2009 (Jumaat).

Terima Kasih Di atas Komitmen Yang Di Berikan..

Semoga Usaha Antum di dalam Melakukan Kebajikan Diterima Allah Sebagai Satu Ganjaran Yang Besar di Sisi - Nya

0 comments:

Post a Comment