Sunday, August 30, 2009


Renung dan fikirlah wahai sahabatku....

Sejauh mana kita mencintai Allah..Tuhan yang Maha Agung??


Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang

melihat mentari terbit..


Aaah...kecantikan alam ciptaan Allah memang tiada tolok bandingnya..

Sedang aku memerhati, aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia sajikan itu.


Aku duduk dan terasa kehadiranNya disisiku.

Dia bertanya kepadaku, "Adakah kamu mencintai Aku?"

Aku menjawab , '"sudah tentu! Engkaulah penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMu."


Kemudian Dia bertanya lagi, "Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu masih mencintaiKu?"Aku tergamam seketika.

Aku lihat tangan, kaki, dan seluruh anggotaku. Aku teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak ku sedari kepentingannya.

Kemudian aku jawab, "Tentunya ia amat sukar bagiku , tetapi aku tetap akan mencintaiMu.”

Kemudian Dia bertanya lagi, "Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu?”

Bagaimana mungkin bagiku mencintai sesuatu yang tak mampu aku lihat?

Kemudian aku terfikir.... ramai yang ditakdirkan buta di dunia ini, dan mereka masih mencintai Allah dan segala ciptaanNya.

Lantas aku menjawab, "Amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yang sedemikian rupa, namun aku akan tetap menyintaiMu ya Allah.”


Dia bertanya lagi, "Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepada kata-kataKu?” Bagaimana mungkin aku mendengar jika aku pekak?

Kemudian aku tersedar, mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga, tetapi menggunakan hati.

Aku jawab, "Walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun aku akan tetap menyintaiMu”

Dia menyambung lagi persoalanNya,


"Jika kamu ditakdirkan bisu, adakah kamu akan terus memujiKu?” Aku bertanya lagi, bagaimana aku boleh memuji tanpa suara? Aku terfikir...Allah mahu kita memujiNya dari dalam hati dan jiwa kita, tidak penting bagaimanakah bunyinya.

Kemudian aku menjawab, "Sungguhpun aku tak mampu untuk membunyikan pujian bagiMu, aku tetap akan memujiMu.”


Dan Dia terus bertanya lagi, "Adakah kamu benar-benar menyintaiKu?”

Dengan nada yang tegas dan penuh keberanian, aku jawab dengan yakin, "Ya , benar Tuhanku, aku menyintaiMu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar!”

Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya tadi, tetapi Dia terus bertanya kpd ku...


"Kalau begitu mengapa kamu masih melakukan dosa?”

Aku jawab, kerana aku cuma manusia biasa yang selalu lalai, aku tidak sempurna...dan aku bukan maksum.” "Kalau begitu mengapa ketika kamu senang dan gembira...kamu lupakanKu, kamu lari jauh dari Ku? Dan kenapa ketika kamu susah atau mahukan bantuan...kamu terus ingat padaKu, kamu datang dekat dan merayu kepadaKu.?”

Aku tidak mampu berkata apa-apa. Yang kusedari...titisan panas turun membasahi pipiku.


Dia sambung lagi, "Mengapa kamu buat begini...kadang kala sujud menyembahKu, dan kemudian membelakangiKu, tidak pedulikanKu? Mengapa kamu hanya datang mencariKu hanya ketika kamu mengingatiKu? Mengapa kamu meminta dengan penuh tamak dan mementingkan diri sendiri? Mengapa kamu meminta kpdKu sedang kamu tidak setia padaKu?”


Kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti. Mengapa kamu malu kpd Ku?

Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan suruhanKu?

Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lain sedang Aku sedia mendengar segala rintihanmu?

Mengapa kamu sering membuat alasan ketika Aku memberi mu peluang untuk berkhidmat di jalanKu?”


Ku gagahi bibirku untuk mengucapkan patah-patah perkataan bagi menjawab segala soalan yang bertubi-tubi diajukan padaku. Tetapi aku tidak punyai jawapan bagi persoalan2 tadi. Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kini kelu. Otakku ligat mencari jawapan...atau alasan...namun tiada apa yang kutemui sebagai jawapan.


Dia berkata-kata lagi..."Kamu diberikan sebuah kehidupan. Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang di jalanKu, tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kamu kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini, tetapi kamu tidak mahu belajar dan menghayatinya. Acap kali Aku berkata-kata kepadamu tetapi kamu tutup telingamu. Acap kali Aku berikan pelbagai rahmat dan nikmat kpdmu, tetapi kamu berpaling dari melihatnya.

Aku turunkan kpd mu PesuruhKu, tetapi kamu tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan. Aku dengar segala permintaanmu dan rayuanmu kpdKu...dan semuanya itu telah Aku perkenankan dgn pelbagai cara .


"Kini... adakah kamu menyintaiKu?”Aku tidak mampu menjawab lagi. Bagaimana harus ku jawab persolan ini? Dalam tak sedar , aku malu dgn apa yang telah aku lakukan selama ini. Aku tidak lagi punya alasan untuk menyelamatkan diriku. Apa yang boleh ku jawab bagi persoalan itu?


Ketika hatiku berteriak menangis , dan bercucuran air mata di kedua belah pipiku, aku merintih, ”Oh Tuhanku, ...ampunkan lah segala dosaku, aku tak layak menjadi hambaMu ya Allah...”


"SifatKu pengampun...barangsiapa memohon keampunan dariKu, nescaya Aku ampunkannya. Dan .... Aku ampunkan kamu wahai hambaKu.”

Aku bertanya kpdNya, "Mengapa Engkau masih tetap mengampuni dosaKu sungguhpun aku melakukan kesalahan berulang kali? Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku?”


Dia menjawab, "Kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan mengabaikan kamu. Apabila kamu menangis, aku akan bersimpati padamu dan mendengar segala rintihanmu. Apabila kamu melonjak gembira, Aku turut gembira dgn kegembiraanmu. Apabila kamu berasa gundah dan kesepian, Aku akan memberimu semangat.

Apabila kamu jatuh , Aku akan membangkitkanmu. Apabila kamu keletihan, Aku akan membantumu. Aku akan tetap bersamamu hinggalah ke hari yang akhir dan Aku akan menyayangi mu selama-lamanya.


"Seingat aku...aku tidak pernah menangis begini, aku sendiri tidak mengerti mengapa hatiku ini begitu keras, tidak mampu menangis menyesali segala dosaku selama ini...



...WARKAH BUAT RAMADHAN...

Artikel Dari: Portal Komuniti Muslimah -- http://www.hanan.com.my/

Salam sejahtera selembut sutera seikhlas hati setulus budi buatmu yang bernama Ramadhan. Sekian lamanya ku menanti kehadiranmu untuk ku belai dan merasai ketenangan duduk di pangkuanmu. Kau hadir dengan sebuah senyuman yang cukup menggelisahkan hatiku kerana aku bimbang senyumanmu itu akan pudar ketika meninggalkanku, aku takut aku tak dapat melayanmu dengan sebaiknya.


Teringat aku pada waktu dulu, aku sering melupai akan dirimu, kehadiranmu tidak ku hiraukan. Kau dan hari-hari lain sama sahaja bagiku. Tapi kau dengan sabar mengunjungiku setiap tahun demi untuk memberiku setitis tinta kebenaran. Seringkali aku membiarkanmu sendirian dari awal kedatanganmu sehingga kau pergi meninggalkanku.


Alangkah ruginya aku kerana membiarkanmu sendirian, sedangkan kau adalah tetamu yang paling istimewa buat diriku. Kini aku sedar kewujudanmu terlalu amat penting buat diriku sebagai manusia dan hamba kepada yang Esa. Lalu setiap kali kau akan datang aku akan menunggu dengan penuh debaran, penuh pengharapan, dan harapan untuk melalui hari-hari bersamamu dengan penuh pengisian. Kehadiranmu kali ini tidak kupersiakan, setiap malam aku bersamamu untuk berterawih dan bertadarrus, bertahajjud, berzikir, bermunajat dan beristighfar.


Setiap hari ku perbanyakkan amalan sunat supaya aku dapat mencari keredhaanNya. ternyata kehadiranmu memberi erti yang amat bermakna buat diriku.


Kau telah mentarbiah, mendidik, membimbing, memimpin aku untuk menjadi insan yang solehah. Terima kasih ku ucapkan kerana membawa aku dekat pada Allah swt. Insyaallah aku akan tetap bersamamu untuk mengadap Yang Kuasa, menyatakan kesyukuran diatas nikmat pemberian.


Ku harap kau tidak lagi bersedih dengan sikapku. Maafkan aku di atas kesilapan yang lalu, doamu telah termakbul untuk melihatku kembali sebagai seorang hamba yang taat pada Allah swt.

Sebelum berpisah kuharap kita akan terus dipertemukan oleh yang Maha Esa untuk kita bersama berjuang menuju keredhaan dan mencari cinta kasih dari Allah swt dan untuk mencari ketenangan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Jazakallahukhairan khatira...wassalam…

Saturday, August 29, 2009

...ANDAI INI RAMADHAN KU YANG TERAKHIR...


wahai insan, renunglah engkau akan nasib diri...


wahai qalbu, sedarkah engkau akan gerak hati...


wahai akal, terfikirkah engkau apa yang bakal terjadi...





andai ini Ramadhan ku yang terakhir kali...


buatku sekujur jasad yang bakal berlalu pergi...


tatkala usia bernokhtah di penghujung hidupan duniawi...


pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi...


kematian...adalah suatu yang pasti...





andai ku tahu ini ramadhan yang terakhir...


tentu siangnya aku sibuk berzikir...


"a'la bizikrallahi tat mainnal qulub"...


[Bukankah dgn berzikir itu hati akan menjadi tenang..]


Biarpun anak tekakku kering kehausan air...


Tentu aku tak akan jemu melagukan syair...


Rindu mendayu..Merayu...


Kepada-NYA Tuhanku yang satu...





Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir...


Tentu solatku dikerjakan di awal waktu...


Solat yang dikerjai...Sungguh khusyuk lagi tawadhu'...


Tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri...


Mengadap Rabbul Jalil...


Menangisi kecurangan janji...


"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"


[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan...


hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]





Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir...


Tidak akan aku persiakan walau sesaat yang berlalu...


Setiap masa tak akan dipersia begitu saja...


Di setiap kesempatan juga masa yang terluang...


Alunan Al-Quran bakal ku dendang...bakal ku syairkan...





Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir...


Tentu malammu aku sibukkan diri...


dengan Berterawih...


Berqiamullail...Bertahajjud...


Mengadu...Merintih...Meminta belas kasih....


"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU


tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"...





Oleh itu duhai Ilahi...


Kasihanilah daku hamba-MU yang...


Hina..Dhaif..Jahil..Lagi Banyak Dosa ini...


Menikmati bulan yg dirindui oleh nabi dan sahabatNya...


Moga setiap langkah ku zuhud kepada MU...


Moga ku istiqamah di ramadhan ini...





ANDAI AKU TAHU INI RAMADHAN TERAKHIR………








Monday, August 24, 2009

Kebendaan tenggelamkan hikmah puasa

Ibadah pembersihan diri dilupakan kerana sibuk penuhi keperluan nafsu

DALAM khazanah ilmu komunikasi transendental, yang berkaitan komunikasi antara manusia dengan Tuhan. Al-Quran memberikan pengetahuan kepada kita mengenai komunikasi ini yang salah satunya adalah dalam bentuk doa yang termuat dalam surah Nuh (ayat 71:5–6) bawah ini.
Nuh AS berkata: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menyeru kaumku malam dan siang tetapi seruanku itu tidak menambahkan mereka kecuali lari (daripada keimanan)".

Ini terlihat bagaimana Nabi Nuh berkomunikasi kepada Allah secara transenden, seperti juga dalam ayat selanjutnya, Nuh berkata: "Ya Tuhanku, sesungguhnya mereka itu derhaka kepadaku, dan mereka mengikuti orang yang harta dan anaknya tiada menambah kepadanya melainkan kerugian belaka. (Surah Nuh ayat: 21). Dalam kaitannya dengan komunikasi transendental pada Ramadan, sejauh manakah Ramadan dapat menjadi saluran yang menciptakan komunikasi berkesan antara manusia dengan Rabbnya?

Dalam masyarakat kita ini, kedatangan Ramadan memperlihatkan semangat berbeza dengan bulan lain terutama apabila kecenderungan banyak ditumpukan kepada aspek zahir, kebendaan daripada aspek kerohanian dan dalamannya. Semangat ini mengalihkan perhatian dan fikiran kita daripada maksud sebenarnya berpuasa kerana fokus umat yang lebih kepada aspek luaran itu.

Jika diteliti secara realitinya umat Islam selama sebulan ini penuh berlumba melakukan pelbagai kebaikan seperti menyediakan juadah makanan dan mengeratkan tali silaturahim dengan jiran tetangga, saudara mara mahupun rakan sekerja dan kalangan pelajar. Kesibukan lahiriah ini juga diperhebatkan dengan persiapan dalam kehidupan seharian seperti membeli pakaian baru, membuat kuih-muih dan aneka makanan tradisional sehinggalah kepada persiapan menghias dalam dan luaran rumah, menggantikan beberapa perabot, bahkan sehingga membeli kereta atau motosikal baru bagi menyambut kedatangan Syawal.

Jika kita meneliti fenomena ini dapat dikatakan kita lari daripada inti dan hikmah berpuasa yang sepatutnya memperbaharui dan membersihkan jiwa raga dan bukannya kepada penonjolan zahir semata. Memang antara ciri zaman permodenan ialah melengkapkan diri dengan serba baru dan terkini. Pengertian baru dan kini juga menjuruskan kepada pola hidup yang berteknologi di mana istilah teknik itu sendiri memainkan peranan penting dalam aspek kehidupan.

Ini amat berkaitan dengan pola hidup materialisme iaitu – suatu pandangan hidup yang memberi tempat sangat tinggi pada kenikmatan lahiriah. Ini amat berbeza dengan maksud sebenar berpuasa. Justeru itulah seharusnya kedatangan Ramadan ditandai sebagai ibadah pembersihan diri sehingga kehadiran Syawal iaitu Aidilfitri memberikan maksud kita muncul sebagai manusia baru, dengan hati dan akhlak baru, bukan sekadar baju baru, kereta baru, perabot baru atau rumah yang baru.


Jika dilihat dari aspek psikologi humanistik, terdapat tiga tahap atau peringkat kesedaran kepada diri manusia. Pertama, kesedaran di tingkat psikobiologis. Kesedaran ini dipacu oleh pengalaman pancaindera dan tubuh manusia (biologis). Apa yang dimaksudkan di sini ialah kesedaran untuk minum misalnya, dipacu oleh keringnya tekak. Kedua, kesedaran di tingkat psikososial. Kesedaran ini erat kaitannya dengan keperluan sosial: keperluan berhubungan dengan masyarakat atau keperluan menjalin komunikasi sosial. Akhir sekali kesedaran pada tingkat transendental: kesedaran akan ada dan kehadiran Tuhan (suatu aspek yang diabaikan), keperluan untuk beribadah, kesedaran akan adanya Yang Maha Esa, keperluan berkomunikasi secara transendental dengan Sang Kekasih.


Dalam keadaan normal ketiga-tiga tingkat ini akan bergabung menjadi satu dalam diri manusia. Ini bermaksud dalam setiap perilaku manusia selalu mengandungi tiga tingkat kesedaran iaitu:


i. Sebagai saranan menyihatkan tubuh dengan memberi kesempatan pada organ tubuh untuk beristirahat


ii. Sebagai saluran membangun hubungan komunikasi sosial misalnya dengan memperbanyak solat wajib mahupun sunat secara berjemaah dan bertadarus di masjid yang dapat mengukuhkan hubungan silaturahim dengan seluruh sanak saudara dan jiran tetangga, mengeluarkan zakat, infak dan sedekah bagi sesama umat Islam yang berhak menikmati kebahagiaan


iii. Berlumba meraih pelbagai ganjaran Ramadan yang ditawarkan Allah serta meraih ampunan dan dikabulkan permohonan daripada doa iaitu dengan menggiatkan kegiatan komunikasi transendental.


Sumber (di sini)



Saturday, August 22, 2009

Jadual Tugasan Imam dan Bilal bagi Solat Sunat Tarawih di Surau al-Aqsa, KPZ

TARIKH

IMAM

BILAL

22/8/09 – 01 RAMADHAN 1430

MOHD ZAIM JUWAIDI B JAMALUDDIN

WAN MUHD FARHAN B. WAN MAHMUD

23/8/09 – 02 RAMADHAN 1430

MOHAMAD SHAFID B. ABU BAKAR

MOHAMMAD HILMI BIN RAMLI

24/8/09 – 03 RAMADHAN 1430

WAN MUHD FARHAN B. WAN MAHMUD

AHMAD TARMIZI B. ISMAIL

25/8/09 – 04 RAMADHAN 1430

MOHAMAD ANASRUL B MOHD IZAZI

MUHAMMAD AMIRULFAIZ BIN MOHAMAD ARIF

26/8/09 – 05 RAMADHAN 1430

MUHAMAD HAZIM B. HAZNAN

AHMAD NAJIY B. MAT YUSOFF

27/8/09 – 06 RAMADHAN 1430

MUHAMMAD ASYRAF BIN ABD JAMIL

MUHAMAD AZMI B. MOHAMED

28/8/09 – 07 RAMADHAN 1430

MOHD ZAIM JUWAIDI B JAMALUDDIN

MUHAMAD SYAHIR BIN ZAINAL AZMI

29/8/09 – 08 RAMADHAN 1430

MOHAMAD ANASRUL B MOHD IZAZI

AHMAD FAIZUDDIN B. RAMLI

30/8/09 – 09 RAMADHAN 1430

WAN MUHD FARHAN B. WAN MAHMUD

AHNAF WAFI BIN ALIAS

31/8/09 – 10 RAMADHAN 1430

MOHAMAD SHAFID B. ABU BAKAR

MUHAMMAD ADRIN B. MI’UN

01/9/09 – 11 RAMADHAN 1430

MUHAMAD HAZIM B. HAZNAN

ARI KURNIAWAN BIN ABD GHAFAR

02/9/09 – 12 RAMADHAN 1430

MOHAMAD ANASRUL B MOHD IZAZI

WAN MOHD AIZUDDIN B. WAN RAZIB

03/9/09 – 13 RAMADHAN 1430

MOHD ZAIM JUWAIDI B JAMALUDDIN

MOHD LUTFI B. AHMAD KHUZAINI

04/9/09 – 14 RAMADHAN 1430

MUHAMAD HAZIM B. HAZNAN

MOHAMAD SULHI B. RIDZUAN

05/9/09 – 15 RAMADHAN 1430

MOHAMAD SHAFID B. ABU BAKAR

MOHAMMAD HILMI BIN RAMLI

06/9/09 – 16 RAMADHAN 1430

MOHAMAD ANASRUL B MOHD IZAZI

AHMAD TARMIZI B. ISMAIL

07/9/09 – 17 RAMADHAN 1430

MOHD ZAIM JUWAIDI B JAMALUDDIN

MUHAMMAD HELMI FAHMI B. ABD RASHID

08/9/09 – 18 RAMADHAN 1430

WAN MUHD FARHAN B. WAN MAHMUD

AHMAD SAHARUDIN B. ABDULLAH

09/9/09 – 19 RAMADHAN 1430

MUHAMAD HAZIM B. HAZNAN

MOHAMAD BASIT B. MOHD SHUKRI

10/9/09 – 20 RAMADHAN 1430

MOHAMAD ANASRUL B MOHD IZAZI

MUHAMAD SYAHIR BIN ZAINAL AZMI

11/9/09 – 21 RAMADHAN 1430

MOHD ZAIM JUWAIDI B JAMALUDDIN

MOHAMAD SULHI B. RIDZUAN

12/9/09 – 22 RAMADHAN 1430

WAN MUHD FARHAN B. WAN MAHMUD

AHNAF WAFI BIN ALIAS

13/9/09 – 23 RAMADHAN 1430

MOHAMAD SHAFID B. ABU BAKAR

MUHAMAD AZMI B. MOHAMED

14/9/09 – 24 RAMADHAN 1430

MOHAMAD ANASRUL B MOHD IZAZI

MOHD RAZI B. OTHMAN

15/9/09 – 25 RAMADHAN 1430

MOHD ZAIM JUWAIDI B JAMALUDDIN

MOHAMAD BASIT B. MOHD SHUKRI

16/9/09 – 26 RAMADHAN 1430

WAN MUHD FARHAN B. WAN MAHMUD

MOHD LUTFI B. AHMAD KHUZAINI

17/9/09 – 27 RAMADHAN 1430

MOHAMAD SHAFID B. ABU BAKAR

YASIN B. MD RAFEE

18/9/09 – 28 RAMADHAN 1430

MOHAMAD ANASRUL B MOHD IZAZI

MOHAMMAD HILMI BIN RAMLI

Wednesday, August 12, 2009

Makluman

Assalamu'alaikum w.b.t,

Pihak surau al-Aqsa di sini ingin mengucapkan takziah kepada saudara Asyraf (Fakulti Pengajian Islam/Tahun 1) yang baru sahaja kehilangan ibunya, Hajah Zaiton binti Mohd Yusoff pada malam semalam. Beliau juga baru kehilangan bapanya yang telah pulang kerahmatullah pada awal semester ini, dan sama-samalah kita sedekahkan al-Fatihah kepada ibunya yang telah selamat disemadikan semalam, al-Fatihah...

Sehubungan dengan itu, pihak surau al-Aqsa akan mengadakan satu bacaan Yaasin pada malam ini (13/8/09) dan diharapkan kepada sahabat-sahabat sekalian dapatlah kiranya bersama-sama kami pada malam ini untuk membacakan Yaasin. Semoga Allah menempatkan roh ibunya dikalangan golongan yang solehah. Amin.



Jom Turun

Assalamu'alaikum w.b.t,

Makluman kepada ajk dan ahli kelab Surau al-Aqsa yang dirahmati Allah sekalian, pada hari Sabtu ini (15 Ogos 2009) pada jam 4.30 p.m akan dilaksanakan satu gotong royong untuk membersih, mengemas, menceriakan, mencantikkan serta mengislahkan surau al-Aqsa. Ia adalah sebagai satu persiapan sebelum kita menyambut bulan Ramadan al-Mubarak pada minggu hadapan, Insya'Allah. Kedatangan adalah diwajibkan kepada setiap ahli dan ajk surau. Semoga sedikit usaha yang kita akan lakukan ini diterima oleh Allah sebagai satu amalan soleh di sisi-Nya di samping kita mengharapkan keberkatan dari-Nya. Kedatangan adalah diwajibkan dan sebarang alasan tidak akan dilayan (tertakhluk kepada budi bicara pihak atasan sahaja). Harap semua AJK dan AHLI dapa memberi kerjasama. Kepada sahabat-sahabat lain yang ingin turut sama membantu amatlah diharapkan. Bilakah lagi anda mahu berbakti kepada rumah Allah kalau bukan sekarang? Maka berlumba-lumbalah membuat kebajikan..

" Surau yang bersih menghasilkan persekitaran yang selesa, maka cintailah surau kita"


Tuesday, August 11, 2009

Amanah yang tak amanah

عَنْ أَبِيْ هريرة رضي الله عنه؛ قال رسول الله عليه وسلم: " إذا ضُيِّعَتِ اْلأَمَانَةُ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ. قال كَيْفَ إضاعَتُهَا ياَ رسولَ الله؟ قال: إذا أُسْنِدَ الأمرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ؛ فَانْتَظِرِ السَّاعَة"


Maksudnya :Daripada Abi Hurairah radiyallahu `anhu, sabda Rasulullah s.a.w: "Apabila amanah dipersia-siakan, tunggulah berlakunya Qiamat".Abu Hurairah bertanya: "Bagaimanakah amanah yang dipersia-siakan? Jawab baginda: "Apabila sesuatu urusan diserahkan mandat kepada bukan yang berkelayakan, tunggulah berlakunya Qiamat".

Huraian

Amanah bermaksud mandat dan kepercayaan untuk melakukan sesuatu tugas. Apabila kepercayaan dan mandat diberikan kepada yang tidak berkelayakan, mana mungkin tugas tersebut dapat disempurnakan? Apabila tugas tidak dapat disempurnakan, pemberian amanah dan kepercayaan adalah satu perkara yang sia-sia.

Islam telah menetapkan kaedah untuk memberikan tugas kepada seseorang. Petugas itu mestilah mempunyai dua syarat iaitu :

Pertama, mempunyai keupayaan untuk menjalankan tugas.

Kedua, mempunyai sifat amanah.

Kaedah ini dapat dipetik melalui kisah Nabi Musa dan anak perempuan Nabi Allah Syuaib. Setelah Musa memberi bantuan kepada kedua anak perempuan Syu`aib untuk mengambil air dari perigi, salah seorang anak perempuannya membuat cadangan agar di ambil Musa bekerja. Alasan yang diberi ialah seperti mana yang dirakamkan oleh ALLAH :

"إن خير من استأجزت القوي الأمين"

Bermaksud :

"Sesungguhnya sebaik-baik orang yang boleh diambil bekerja ialah yang mempunyai keupayaan dan bersifat amanah".

Kepandaian dan kebijaksanaan atau kekuatan dan keupayaan melaksanakan tugas sahaja belum menjamin sesuatu kerja itu sempurna. Tetapi perlu diiringi dengan sifat amanah dan jujur dalam melaksanakan tugas.

Seorang jurutera yang hebat dan pandai, mempunyai kepakaran dan pengalaman yang banyak dalam bidang pekerjaan belum menjamin sesuatu tugas yang diberikan kepadanya berjalan dengan lancar. Apabila sifat amanah tidak ada dalam dirinya dia mungkin menyalah guna kuasa dan kedudukan serta jawatannya untuk kepentingan diri sendiri.

Seorang jurutera kerajaan yang tidak amanah mungkin meluluskan pelan pembinaan bangunan yang tidak menepati syarat kerana telah disogok dengan habuan tertentu. Kesannya mungkin dilihat selepas 20 tahun. Bangunan tersebut runtuh hingga mengakibatkan kematian banyak jiwa dan kerosakan harta yang mencapai angka ratusan ribu.

Begitu juga di dalam konteks seorang mahasiswa, di dalam melibatkan diri di dalam sebarang aktiviti berpesatuan sudah pasti adanya organisai tersendiri, samada dari yang tertinggi sehingga tanggungjawab paling rendah. Kadang-kadang kita cukup mudah mengutarakan sesuatu apabila diajak bermesyuarat dan berbincang mengenai sesuatu perkara. Namun malangnya ianya hanya sekadar kosmetik seolah-olah mahu menampakkan bahawa kitalah the best among the best. Alangkah lagi baik jika kita sendiri merealisasikan apa yang telah kita utarakan dan sekurang-kurangnya kita telah berusaha sedaya upaya mungkin. Allah s.w.t sendiri amat murka kepada mereka yang hanya tahu bercakap namun pada masa yang sama dia tidak pernah melaksanakan apa yang diucapkan. Firman-Nya :


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفۡعَلُونَ (٢) ڪَبُرَ مَقۡتًا عِندَ ٱللَّهِ أَن تَقُولُواْ مَا لَا تَفۡعَلُونَ

Terjemahan; "Wahai orang-orang yang beriman, apakah kamu erkatakan apa yang tidak kamu lakukan, amatlah besar kemurkaan Allah jika kamu perkatakan apa yang tidak kamu lakukan" (As-Soft:2-3)

Sama-samalah kita mengambil iktibar. Wallahu'alam.